Translate

Friday, 23 May 2014


TASIK PEDU ( KUALA NERANG )









Tasik Pedu atau dulunya dikenali sebagai Kolam Air Pedu merupakan saliran bagi Sungai Pedu yang disalurkan oleh kerajaan untuk menampung bekalan air bersih kepada penduduk negeri Kedah. Air Sungai Pedu mengalir dari Bukit Pakir Terbang (ketinggian 574 m dari aras laut). Sungai Pedu bertemu dengan Sungai Padang Terap. Bukit-bukit di hulu Sungai Pedu merupakan kawasan sempadan negara Thailand. 
padang terap negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online
Tasik Pedu terletak lebih kurang 90 km dari Alor Setar, Kedah. Ia terletak di dalam daerah Padang Terap. Tasik Pedu menawarkan beberapa aktiviti air bagi menarik perhatian pelancong seperti memancing, jet ski, dan menaiki bot. Di sini juga terdapat beberapa tempat penginapan yang sesuai bagi pencita alam sekitar untuk meneroka ke alam semula jadi, mengelilingi hutan tropika, flora dan fauna. 

Thursday, 1 May 2014



Taman Rekreasi Lye Huat yang terletak di Kubang Pasu, Kedah telah dibangunkan oleh Dato' Lim Lye Huat pada tahun 2002. Semasa taman rekreasi ini baru dibangunkan pada awal tahun 1994, ia dinamakan sebagai Lye Huat Stone Art Gallery. Pada mulanya, taman rekreasi ini dibangunkan atas dasar minat peribadi pemiliknya Dato' Lye Huat sahaja. Namun atas saranan rakan-rakan, beliau telah membukanya untuk kunjungan orang ramai. Kini orang ramai boleh menikmati keindahan taman rekreasi ini dengan bayaran masuk RM8.00 sahaja. Orang ramai yang berkunjung ke sini boleh menikmati keindahan lanskapnya yang unik serta menyaksikan Pameran Karya Seni, Jendela Air Tawar serta Zoo Mini