Translate

Friday, 23 May 2014


TASIK PEDU ( KUALA NERANG )









Tasik Pedu atau dulunya dikenali sebagai Kolam Air Pedu merupakan saliran bagi Sungai Pedu yang disalurkan oleh kerajaan untuk menampung bekalan air bersih kepada penduduk negeri Kedah. Air Sungai Pedu mengalir dari Bukit Pakir Terbang (ketinggian 574 m dari aras laut). Sungai Pedu bertemu dengan Sungai Padang Terap. Bukit-bukit di hulu Sungai Pedu merupakan kawasan sempadan negara Thailand. 
padang terap negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online
Tasik Pedu terletak lebih kurang 90 km dari Alor Setar, Kedah. Ia terletak di dalam daerah Padang Terap. Tasik Pedu menawarkan beberapa aktiviti air bagi menarik perhatian pelancong seperti memancing, jet ski, dan menaiki bot. Di sini juga terdapat beberapa tempat penginapan yang sesuai bagi pencita alam sekitar untuk meneroka ke alam semula jadi, mengelilingi hutan tropika, flora dan fauna. 

Thursday, 1 May 2014



Taman Rekreasi Lye Huat yang terletak di Kubang Pasu, Kedah telah dibangunkan oleh Dato' Lim Lye Huat pada tahun 2002. Semasa taman rekreasi ini baru dibangunkan pada awal tahun 1994, ia dinamakan sebagai Lye Huat Stone Art Gallery. Pada mulanya, taman rekreasi ini dibangunkan atas dasar minat peribadi pemiliknya Dato' Lye Huat sahaja. Namun atas saranan rakan-rakan, beliau telah membukanya untuk kunjungan orang ramai. Kini orang ramai boleh menikmati keindahan taman rekreasi ini dengan bayaran masuk RM8.00 sahaja. Orang ramai yang berkunjung ke sini boleh menikmati keindahan lanskapnya yang unik serta menyaksikan Pameran Karya Seni, Jendela Air Tawar serta Zoo Mini 


Saturday, 19 April 2014

AIR TERJUN SERI PERIGI, YAN





Terletak 5km dari Pekan Yan atau 35km dari Alor Star. Hutan Lipur ini mempunyai air terjun yang tertinggi di negeri kedah dengan ketinggian melebihi 100 meter. Ia juga dilengkapi dengan kawasan batu dinding bertingkat yang amat sesuai bagi aktiviti lasak dan mencabar. 





Friday, 11 April 2014

PANTAI MERDEKA






Pantai Merdeka merupakan pantai percutian yang terletak di tanah besar negeri Kedah. Pantai Merdeka terletak di Daerah Kuala Muda, 60 km ke selatan Alor Setar. 
sungai petani negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online
Pantai Merdeka terkenal sebagai pantai percutian dan perkelahan bagi penduduk tempatan dan negeri-negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Perak Utara. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini termasuklah rumah penginapan calet, rumah rehat, tempat perkhemahan, kolam renang dan tempat-tempat makan. 
sungai petani negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online
Berhampiran dengan pantai tersebut terdapat perkampungan nelayan seperti Tanjung Dawai, Telok Nipah dan Kampung Pulau Sayak yang juga menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya pada hujung minggu.




Friday, 4 April 2014

BUKIT KAYU HITAM





Bukit Kayu Hitam merupakan bandar sempadan utama di Sempadan Malaysia-Thailand. Bukit Kayu Hitam merupakan penghujung Lebuhraya Utara-Selatan, jalan raya terpanjang di Malaysia yang bermula dari Johor Bahru, Johor di selatan hingga ke sempadan Bukit Kayu Hitam. 

Sejarah Bukit Kayu Hitam bermula dari zaman kemaraan tentera Siam menyerang Kedah pada tahun 1824. Menurut cerita masyarakat tempatan, nama Bukit Kayu Hitam ini asalnya diberikan oleh tentera Siam semasa berehat di sebuah bukit. Mengikut cerita, dalam perjalanan untuk menyerang Kedah, tentera Siam telah singgah di sebuah bukit dan berkampung di situ sementara meneruskan perjalanan ke Kedah. Mereka telah memasak nasi disitu dan menggunakan sebatang kayu sebagai senduk. Tanpa disedari, setelah nasi tadi masak, ia berubah menjadi kehitaman, maka tentera Siam tadi kehairanan dan mereka cuba mencari sebab kenapa nasi boleh menjadi hitam. Maka, mereka dapati ia berpunca dari kayu yang digunakan sebagai senduk tadi. Mereka menyiasat dari mana asalnya kayu tersebut dan apabila ditemui tempat kayu itu diambil mereka dapati sekitar pokok tersebut bewarna kehitaman. Pokok tersebut adalah Pokok Komoi. Maka dari situlah wujudnya Bukit Kayu Hitam di mana dalam bahasa Siam disebut Kuan Mhai Dam. 

Setelah Siam kalah, orang-orang Melayu mula mendirikan perkampungan di sekitar Bukit Kayu Hitam dengan kegiatan utamanya pertanian disamping peranannya sebagai pintu masuk ke Siam untuk menjual hasil pertanian mereka. Akhirnya ia semakin berkembang yang kemudian berubah menjadi sebuah pekan kecil dimana penduduknya semakin bertambah. Dengan ini kegiatan perdagangan antara Kedah dan Siam semakin rancak disini. 

Namun begitu, Bukit Kayu Hitam terpaksa ditutup sepenuhnya pada tahun 1948 berikutan keadaan Darurat 1948 dimana meningkatnya kegiatan Komunis pada masa ini. Semua penduduk, polis dan kastam diarahkan berpindah ke Changloon dan tidak dibenarkan tinggal di Bukit Kayu Hitam. Ini menyebabkan Bukit Kayu Hitam kembali menjadi hutan dan dipenuhi semak. 

Pada tahun 1972, Bukit Kayu Hitam dibuka semula oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dengan membuka sebuah ladang getah di Bukit Kayu Hitam iaitu Ladang Rakyat Laka Temin. Pada masa ini juga nama Bukit Kayu Hitam telah hilang dan diganti dengan panggilan Laka Temin. Setelah pembukaan ladang ini, penduduk Laka Temin semakin bertambah. Pada tahun 1981, nama Laka Temin ditukar kembali kepada Bukit Kayu Hitam dan dengan persetujuan pihak Perancang Bandar, Bukit Kayu Hitam dikenali sebagai Bandar Bukit Kayu Hitam hingga kini. 

Saturday, 29 March 2014

Lembah Bujang Archaeological Park, Merbok Kedah 










Tamadun di selatan Kedah atau di Lembah Bujang di kawasan yang dikenali sebagai Sungai Batu, cari gali telah mendedahkan sisa jeti, tapak peleburan besi dan binaan batu-bata yang bertarikh 110SM, menjadikannya binaan manusia tertua yang pernah direkodkan di Asia Tenggara. Binaan Chandi menunjukkan sejak awal abad Masihi hingga 20 Masihi, Lembah Bujang mempunyai perhubungan yang sangat intim dengan aktiviti perdagangan maritim di antara beberapa negara di Asia, China, Asia Barat dan India. 
daerah sik negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online
Perkembangan pelabuhan entrepotnya sering dikaitkan dengan kerajaan Thalassocracy Srivijaya. Penemuan tapak tanah bersejarah dengan beratus ribu pecahan seramik, kaca dan manik sama ada dari China, Asia Barat, India atau tempatan, runtuhan candi pengabdian terhadap Buddha atau Hindu, struktur bandar atau pelabuhan yang tenggelam, artifak budaya seperti patung-patung atau arca, batu bersurat dan peralatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat telah menobatkan gugusan ini sebagai tempat terasasnya negara pesisiran Kedah purba. 
daerah sik negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online
Sungai Mas dan koridor Sungai Muda merupakan tapak tanah sejarah yang merentasi zaman prasejarah kebudayaan Hoabinhian, protosejarah dan sejarah. Walaupun penyelidikannya telah menjangkau seratus lima puluh tahun, tetapi usaha membongkar, menyingkap dan merekonstruksi sejarah, peranan dan perkembangannya masih menjadi perdebatan dan belum menemui titik pertemuan. 
daerah sik negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online
Status dan potensinya yang diperakui oleh peserta projek Intra-ASEAN : Ekskavasi Arkeologi dan Konservasi Lembah Bujang, Kedah 1985, serta diperakui di dalam Malaysian Book of Records kerana memiliki berpuluh ribu manik purba dan salah satu lokasi pembuat manik di kawasan Indo-Pasifik menjadikan ia tapak yang komprehensif. Pelabuhan yang sangat diperlukan dan memiliki laluan transpeninsular yang menghubungkan Kedah Purba - Langkasuka (Patani) meletakkan ia sebagai bandar pelabuhan yang terbilang. 

Monday, 17 March 2014

MUZIUM PADI ( ALOR SETAR )








Terletak di Gunung Keriang, muzium ini menunjukkan perkembangan penanaman padi menggunakan peralatan tradisional sehingga ke peralatan moden. Ini adalah muzium padi pertama di Malaysia, dan yang keempat dibuka di dunia setelah Jepun, Jerman dan Filipina. Bangunan ini mempunyai senibina yang unik dengan gambaran seperti padi yang telah dituai. Motif padi turut digunakan di seluruh bangunan muzium ini, di tangga, pintu masuk muzium dan pagar mengelilingi kawasan ini.
bandaraya alor setar negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online
Muzium ini menunjukkan proses penanaman padi di Malaysia, dan pelbagai peralatan yang digunakan sejak bertahun lamanya. Terdapat juga mural padi, yang dihasilkan oleh 60 pelukis dari Korea Utara, menunjukkan sejarah penanaman padi di Malaysia. Muzium Padi ini kini menjadi tarikan utama pelancongan di Kedah, yang turut dikenali sebagai Jelapang Padi Malaysia. Ia mengambarkan sejarah, cara hidup dan keunikan musim penanaman padi di Kedah Darul Aman. Pembinaan Muzium Padi ini sebagai menghormati aktiviti penanaman padi yang menyumbang kepada sejarah dan sosio ekonomi penduduk di Kedah khasnya dan Malaysia amnya.